Tuesday 25 December 2012

Random


Assalammualaikum.

Semalam aku menggila kat twitter hahahaha. Semuanya pasal Infinite update status twitter. Termasuk aku update status meraban sebab excited diorang on lol ._. Si Woohyun dengan Hoya banyak update minta maaf sebab web rasmi tak dapat load ;~~~~; Aku dapat jeh hahaha walaupun kena refresh banyak kali omg -.- Nak nak pulak time si Myungsoo umpama emas yang memang susah orang nak dapat, update status ;~~; Habis Inspirit mood aku keluar seghatus peghatus ._.

Dan...aku ni memang tak berhak ke nak minat girl group? Bukan apa, setiap kali aku minat girl group A Pink, SNSD, f(x), T-ara, mesti ada jeh pasal diorang dengan Infinite -.- Jeles k jeles lol. And now aku dapat berita dari Alya, yang si Myungsoo pernah ajak Lizzy pergi blind date omg ;~~~~~; Apehal hah -.- Aku memang tak boleh minat girl group trolol ._. serious tak boleh. Ada jeh yang tak kena.

Bini L.Joe dah balik ;~~~; dapatlah aku merapu dengan dia ;~; Aku rindu kauuuuuuuuu Haniiiiiiiiimmmmmm ;~; 

Blah.

Monday 24 December 2012

Tak tahu ._.

Tumblr_meinf5litz1r3xllho1_500_large

Assalammualaikum.

Aku start buat The Truth tadi. Tak tahulah apa jadi tatabahasa aku -.- Dah lama tak baca novel ;~~; Oh sat, aku tukar balik template asal hahaha k gedik ngengada nak guna blogskins haritu lol. Jenuh jari-jemari aku mengedit balik apa yang patut. Berapa tab aku guna ._. Akhirnya, jadilah cemni blog eden. Buruk macam biasa luls eden tak kreatip ._. *lempang diri sendiri* Blog fanfic den, den memang saje praibet kan. Tak ready lagi ewaahh lol ._.

TV kat rumah aku rosak ;~~; Lebih tepat Astro yang rosak ;~~~; Tak dapat den nak tengok Hello Counselor part Gyu dengan Myung omg ;_; Padahal memang lama penantian aku untuk episod tersebut lahaiiii ;_; nasib sungguh tidak menyebelahi aku. Tadi check kat youtube, ada tu memanglah tapi aku takde subtitle english omg ;~~~~~; nak jeh den ketuk tampo baling TV ni ._. lol pahal aku guna 'eden' lol ._. dah terbiasa heh. 

Entah bila aku nak start buat cover The Truth lol ._. Baru buat sikit jeh tadi mengenangkan ff aku kat aff pun belum siap omg ;~~~; 3 chapter lagi, then pinish. Dapatlah den buat ff malay dengan aman hahahaha gedik ._. Storyline ff The Truth ni, aku dah fikir lama dan, dah buat dah pun dekat sehelai kertas. Tu pun baru separuh jalan hahahaha ;~~~; Eden still kekalkan OC kut ._. Cuma den nak tukar watak Suzy lol -.- Entah kenapa boleh terselit dia kat situ ._.

GDA tak LIVE kat TV eh? ;~~~~~~;

Blah.

Sunday 23 December 2012

Serious merepek

               

Myungsoo? Ha'ah, kenapa? Suka? Sorry, madu dah penuh lol merepek tengah malam -.-

Assalammualaikum.

Timeline Twitter aku teramatlah laju sekarang ni. Sampai tak sempat aku nak mengikuti perkembangan laki aku sebab melayan tweet merepek Danish dengan Jiha omg. Bermula dengan Danish sebenarnya then kat pertengahan tweet kitorang, entah macam mana si Jiha boleh muncul. 

Alkisahnya bermula aku tanya Danish pasal next year. Then melarat ke dunia Kpop lol. Punyalah aku mengadu tahap gaban dekat dia pasal T-Infinite shippers tu ;~~~~~; omg nak menangis rasanya lol dah menangis dah pun. Nak nak ship MyungYeon oke stop. Aku ingat dia suka pasal shippers tu sebab dia. adalah. Queens. sejati. lol rupanya taaakk. Dia patah hati sebab shippers EunYeon ke apetah Eunjung dengan Ji Yeon, aku taktahu sangat T-ara ni lol -.- Dan kitorang sama-sama tak setuju shippers tersebut. Sebab aku poreber shippers MyungYeol, MyungHyun, MyungJong dan semua shippers dalam Infinite SAHAJA !

Nak dipanjangkan cerita pasal si Jiha, aku bagitahu dia yang aku ada ternampak beg Big Bang. Seperti yang aku mention di entri yang lepas ;~~~~; punyalah dia fangirling lol hahahaha. Lepastu, melarat masuk pasal GDA omg Danish mention benda tu ;_; Aku. Nak. Pergi. K. Aku. Nak. Pergi. sebab laki aku semua ada lol. Nak pulak dekat Malaysia di mana tanah tumpahnya darahku fulahmak nak start sekolah habis ulang balik lagu Negaraku lol. K merepek ._. Aku. Nak. Pergi. Tolong. Kasi. Free ._.

Then, kitorang bermentioned habis segala tweet sampai lah sekarang ni. Habeh twitlimit aku kena alahai ;_; si Jiha pun dah hilang entah ke mana. Twitlimit jugaklah tu -.- Tujuannya, aku nak tweet dengan bini L.Joe tapi berapa kali aku mention, dia tak jugak balas -.- menghabiskan jumlah tweet aku untuk mention dia ;~~~~~; kalau tak mesti sekarang aku dah bermesra dengan madu kesayangan aku, Nafilah ewah hahaha. Oke, dia madu paling sporting lol. Korang haddooo??? 

Bai.


Oh haa, aku dah ketak link blog cover and poster aku so, kalau nak melawat, ada dekat bawah Stuff tu. Kalau nak melawat. Aku tak paksa ._.

edit

                

Assalammualaikum.

Fuhh fuhh penat mengedit belog artwork dengan ff tadi ._. alih-alih, aku still private kan hahahaha lol. Ada mood nak buat header tapi tak tahu nak buat apa heh lol header lerr pun -.- idok, aku selalu buat quotes untuk header so, sekarang agak tenggelam otak aku memikirkan quotes apa nak letak untuk header artwork aku ._.

Poster ._. kan aku ada kata nak buat cover The Truth kan eh lol. Aku tak buat pun semalam hahahahahaha lol ._. dah berapa kali aku bukak tutup bukak tutup photoshop ni. Sekarang tengah bukak tapi aku biarkan je tu. Menunggu idea quotes terjah masuk fikiran aku sebab aku ingat nak siapkan harini jugak edit belog artwork dan ff aku tu. Esok esok, senang aku nak masukkan ff. Lol oke ff aku tak sebest tak sehebak tak sedaebak tak seawesome kak Nana ;~~~~; lol poreber aku suka baca ff dia.

Nak nak pulak semalam ke bila entah aku malas nak ingat balik, aku cari balik ff Don't Deny tu omg ;~~~~; aku baca balik hahaha menangis ;_; entah kenapa aku rasa real omg banyak kali baca pun tak boringlah ._. HunHan omg k aku berimaginasi part Luhan back-hugged tu ._. ni pun fikir nak baca balik ni hahahaha. Siries tak boring ;~;

Life is only a path of efforts

Mungkin ni kut header tu hahaha lol oke. Credit dekat Baekhyun sebab aku baru teringat quotes dia lol ._. dan dan dan... The Truth ._. entah bila aku nak start buat ahh lantak. Aku kena habiskan dulu ff kat asianfanfics tu -.- baru boleh hidup dengan aman. Chapter 27 pun aku tak buat lagi ni omg ;~~~; aku nak habiskan tahun ni jugak sebab aku yakin, next year aku jarang dapat jumpa dengan belog aku ni *menatap blog selama yang mungkin* 

Bai.



Sekolah ._.

                 

Assalammualaikum.

Baru balik dari beli baju sekolah ni lol nampak beno nipu ._. kedai semua dah tutup kecuali 7 eleven jeh haha merapu. Act, aku memang beli baju sekolah tapi petang tadi hahahaha kena tipu lol alahai aku gila ;_;

K ignore intro merepek lagi meraban tahap gaban aku tu. Dah lama tak baca karangan so ayat agak melampaui batas untuk membuat karangan lol ._. Tadi aku beli perkakas sekolah omg aku nampak satu beg ni eh lol, bukan satu tapi 3 beg ni omg smart gilaaaa kut. Tapi harga pun smart ;~~~; beg tu smart serious smart ~.~ tapi mak aku blur jeh aku tunjuk beg tu ._. omg smart lol tak habeh-habeh.


Serious smart ~.~

Then beli baju sekolah. LOL lebih tepat kain sekolah. Baju sekolah...trolol semua paras atas lutut aku ._. heh bukan nak bangga or what tapi even saiz XL pun baju kurung tu tetap atas lutut aku alahai -_-" mak aku kata nak tempah disebabkan ketinggian aku sudah melampaui batas ewahh trolol ._. 167 jeh pun k batak ._. hahahaha cemana kalau Kris sekolah kat sini lol ada ke saiz labuh untuk baju sekolah dia haha merepek lagi ._.

Lepastu, beli perkakas sekolah eh dah mention kan? Haaaa lantak. Tu aku mention beg lol. Perkakas semua dah lengkap ._. cuma aku nak beg ;~~~~~~; beg tu smart Ya Allah !! Smart sangat ;_; Dan. Saya. Nak. Beg. Itu. ;_; k lol. Pencil box aku guna yang lama sebab cantik, rapi, tak koyak pun hahaha. Aku pandai jaga barang haaa kan batak lagi oke stop ._. tapi aku jumpa pencil box ni omg pun smart hahahahahahaha.

Nak memanjangkan entri, aku ternampak beg Big Bang ._. VIP, silalah jeles lol. Dan tak cukup tu, ada satu beg yang memang membuatkan aku gelak segaban yang mungkin kat dalam hati aku lol takkan nak gengguling depan kedai tu pulak. Aku nampak beg 'Gangnam Style' hahahahahaha omg tergelak sakan aku lol. Siap ada gambar kartun uncle Psy tengah loncat trolol ._. memacam jenis beg ada omg tapi beg yang aku nak tu smart ~.~ k aku takleh stop puji beg tu. 


Memang aku nak kerat sape dapat beli beg tu ._.



Oh haaaa nak ngadu, aku merajuk dengan Myungsoo lol ._.
Blah. 




Friday 21 December 2012

Mubank ._.

                 

Assalammualaikum ._.

Mubank petang tadi.. LOL oke serious aku fangirl tahap gaban hahahaha. Second time aku jerit sekuat hati aku lepas MAMA Awards lol. Nak nak time Chunji, Sungjae, Zelo dengan Donghyun perasan jadi Sistar omg hahahaha comel lol. Aku pun keras nak menari macam tu ._. 

Infinite lol. Diorang memang tak habis-habis buat aku gila lol. Myungsoo terutama alahai ;_; entah macam mana aku nak study untuk PMR next year sedangkan poster Infinite berlambak kat bilik aku heh ._. oke stop. Poster jeh tapi aku bayangkan diorang pandang aku hahahaha nak nak pulak kalau aku tengah study math. Memang forever perasan Myungsoo tutor aku hahahaha k ignore khayalan merepek aku ._.

Back to the mubank. Infinite serba hitam tadi omg hahahaha Myung mesti suka trolol ._. berkarisma betul 7 orang tu hahahaha. Memang tak sah kalau aku tak download malam ni jugak. Yang time MMA tu pun aku fangirling sensorang kat dalam bilik ni hahahaha. Line still laju ni omygyujiji hahaha excited download segala apa yang aku nak download ._. tapi aku taktahu nak bukak apa kat youtube lol. Aku tak jumpa variety baru yang best. 

Oh haaa ! Aku nak buat cover 'The Truth' ._. ff malay aku hahaha rindu betul nak buat tatabahasa melayu lol. Tapi ff kat AFF aku belum siap lagi ni alahai ;_; takpe, aku try siapkan malam ni, then buat cover. Maybe watak aku letak Baekhyun ._. Kalau letak Myungsoo, masuk ff malay ni, dah 6 kali dia jadi main characters trolol ._. so, aku letak Baekhyun hahahaha.

Blah.


cover ._.

                Tumblr_m7hepftygv1rqxrgko1_500_large

/Flips table/ lagi lawo dari aku ._.

Assalammualaikum.

Nak cakap nak cakap ! Line aku laju harini hahahahaha k tu jeh. Lol ._. heh. Idok, aku just nak cakap yang aku rindu nak buat cover. Tapi aku malas nak bukak photoshop alahai. Aku rindu nak buat trailer tsk ;_; tapi aku malas lol. Aku nak sambung ff pun malas ni sebab line laju hahaha.

Omg serious laju gila line k aku gila kejap. Sebab line aku selalu laju time pukul 2 pagi ;~~; so agak bangga line laju sekarang hahahaha. Problem, aku taktahu nak bukak apa kat youtube heh ._. 

Blah.




CONTEST : Kind of boy/girl that I'm attracted to by Syeera Hrif

          

Assalammualaikum.

Okey see the banner above lol speaking ._. hahaha merapu lebih lol. Ni first time join kontes. Eh, yeke? Lantak. Yang penting aku join dah ni trolol. Bagi sesiapa yang nak join, boleh tekan banner untuk ke link segmen tersebut. Oke jugak ada kontes ni, kalau tak aku taktahu aku nak lelaki jenis cemana. Alih-alih tengok bias, "aku nak perangai macam dia." heh lol. K merepek. Start sekarang sebelum merapu aku bertambah melarat.

1- Nak yang macam Kim Myungsoo haha ._.

Lol oke tu merepek. Memang tak sah kalau setiap post aku merepek alahai. K ni serious ._.

1- Semestinya beragama sebab boleh mendidik dan membimbing aku lebih baik. Serta kuat keimanan.

2- Hormat orang sebab aku konfem 100% benci orang yang kurang ajar dengan parents, orang yang lebih tua dari dia or lagi muda. Yang penting hormat orang.

3- Boleh buat aku sentiasa happy and sentiasa ada kat sisi aku di saat aku sedih atau apa jua mood aku.

4- Tak romantik sangat sebab aku geli lelaki yang sebut ayat jiwang lol. 

5- Boleh respect hak aku seadanya. Tak kisah apa citarasa aku.

6- Oke ni memang aku nak sangat ada kat lelaki tu, mysterious tapi ada side macam budak-budak hahahaha macam cool jeh haha ._.

7- Pandai layan budak kecik sebab aku kureng nak melayan budak kecik lol. 

8- Pandai main gitar or piano. Sebab dia boleh ajar aku hahaha.

9- Pandai masak heh. Sebab aku tak berapa nak rajin eratkan hubungan dengan kuali, periuk semua perlatan memasak di dapur ._.

10- Suka pakai kameja omg seriously aku memang melt nampak lelaki pakai kameja. Tambah pulak dia lipat lengan dia hahahaha omg ._.

11- Ada taste sama macam aku? Errmm, suka baca novel, komik, dengar lagu ._.

12- Lelaki tak hisap rokok ! Alahai tolonglah, aku memang tak suka lelaki jenis tu. Tapi tak termasuk ayah aku sebab beliau pun hisap rokok hahaha ._.

13- Tak banyak cakap? Low profile lah haha. Dia macam jenis yang suka simpan rahsia dia and just cerita dekat orang yang percayai jeh.

14- Suka dengar perbualan aku atau cerita aku. Then, kasi pendapat *thumbs up* ._.

15- Tahu malu lol. Maksud aku, jenis yang tak suka pakai seluar pendek. Haaaa, menutup aurat luls ._.

16- Adab mesti ada ! Pertuturan kena jaga. Tak kiralah dia cakap dengan kawan dia or what tapi mesti ada ayat respect kat setiap perkataan yang dia lontarkan.

17- Tak cemburu buta -_- tak payah nak spy aku keluar dengan siapa sebab aku ni jenis yang setia heh lol yeke? ._.

18- Tak panas baran. Cool sudah. Jangan ikut sangat kat hati nak marah atau tengking aku atas sebab perkara yang kecik jeh.

19- Ambil berat pasal aku dan buat apa saja demi aku ._.

20- Aku taktahu kenapa tapi aku suka lelaki yang ada mata yang cantik omg hahaha. Mula dah aku bayang Myungsoo punya mata xD

21- Suka ketawa even benda tu perkara kecik pun hahahaha. Aku memang senang nak ketawa tahap gaban ni ._.

22- Yang pandai cipta lagu lol haha komposer ._. omg k sebab aku nak dengar lelaki nyanyi satu lagu ciptaan dia untuk aku.

23- Ada lesen motor and kereta hahahaha. Senang bawak aku pergi shopping lolol ._.

24- Suka dessert - Ice-cream, chocolate etc. Sama macam aku.

25- Suka bagi aku goosebumps lolol ._. and aku suka semua perempuan attracted kat dia tapi dia pandang aku sorang jeh haha dah macam scenario pulak heh.

26- Suka gigit bibir lol habit aku tu. Macam sexayyy jeh hahahahaha k merepek ._.

27- Bukan jenis yang kikis harta orang. 

28- Bertanggungjawab.

29- Tak mudah putus asa dan akan berusaha untuk dapatkan apa yang dia nak tanpa meminta bantuan orang lain.

30- Aku tak suka lelaki yang 'control macho'. Normal and be himself.

31- Tinggi? Lol takdelah tinggi mana lebih kurang tinggi aku or aku paras bahu dia ._.

32- Kuat merajuk hahaha comel jeh aku rasa tapi takdelah yang kuat merajuk sampai taknak jumpa aku seminggu or sebulan -_-

33- Pandai memujuk sebab aku kalau sekali dah marah, memang forever aku nak elok balik.

34- Positif. Berfikiran terbuka, matang, mempunyai matlamat untuk masa hadapan.

35- Jujur ! Whoaaa, ni penting ._. Setia pun salah satu untuk menjaga perhubungan.

36- Pandai beatbox dan rap hahahahahaha.

37- Yang bersukan? Lol aku suka badminton and bowling ._.

38- Haaaa, disebabkan aku ni memang suka self-cam sensorang, so normal aku nak cari lelaki yang suka photography. Cool. K. Cool. Dan. Aku. Akan. Terpikat. Dekat. Lelaki. Tu.

39- Suka pakai topi heh. AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA entah lah tapi aku suka kalau lelaki pakai topi, sambil tu ada camera tergantung kat leher omg hahahahaha dah melt ._.

40- Pelik, tapi aku suka lelaki kalau nervous, dia suka ketuk jari dia dekat meja or gigit gigi dia sendiri. Cemana? Lol entah takkan aku nak demo lol. Faham-faham jelah.

41- Suka buat aku tertanya-tanya haahaaa. Suka buat surprise lah ni.

42- Bak kata mak aku, kalau lelaki yang pakai cincin kat jari manis dia and jam, nampak cool and aku 100% setuju sebab aku pun suka lelaki macam tu hahaha ._.

43- Muka blur sometimes tapi cute hahahahaha k aku dah bayang Myungsoo lagi ._.

44- Pandai fesyen? Lol aku tak kesah pandai ke tak tapi mesti pandai jaga penampilan. Kuku kena potong, rambut kena kemas, baju bergosok lol. Kinda hard sebab aku tak suka selekeh.

45- Aku tak suka lelaki rambut panjang.

46- Lelaki yang fokus and concentrate pada sumting yang betul-betul dia nak selesaikan masalah tu. Oke, nampak cool hahaha.

47- Ada pekerjaan yang bagus. Mestilah kan ._.

48- Oh haaa, pandai main basketball pun aku suka hahahahaha.

49- Aku tak suka lelaki yang suka puji diri sendiri. Kinda annoying sebab tak semua orang perfect ._.

50- Ikhlas dan menghargai pemberian orang lain.

51- Berjimat cermat. Tak boros sebab aku jenis yang macam tu.

52- Tak kedekut and suka sedekah. 

53- Pembersih. Harap maklum. Aku tak suka pengotor ._.

54- Jarang senyum hahaha. Well, lelaki macam ni ada karisma sebab sekali dia senyum, memang... aku cair ._.

55- Ada batas pergaulan dengan bukan muhrim. Termasuk dengan aku.

56- Aku tak suka lelaki yang cakap kuat-kuat. Macam menjerit lol. Memekak jeh.

57- Aku tak suka lelaki yang suka buat bunyi tikus tu lol. Yang pandang perempuan lain sedangkan aku kat depan dia ohmaigyujiji. Reject !

58- Ego tak tinggi so bolehlah tenangkan aku sebab ego aku tinggi. Aku susah nak maafkan orang lain ._.

59- Percaya aku dan suka cerita semua masalah dia dekat aku. Sebab aku suka lelaki yang anggap aku ni macam kawan dia tapi tetap special dekat hati dia.

60- Bangun cepat and tak tinggal solat.

Aku ingat nak buat 30 jeh tadi. Entah tetiba kat characteristic nombor 29 banyak characteristics yang aku nak mucul kat kepala hahahaha.

Tag :
Jiaa 
Hanim
Nurul

Blah.

Thursday 20 December 2012

kecut

                   

Assalammualaikum.

Result PMR keluar semalam. Heh aku pulak yang kecut lol. Mengenangkan next year last candidate PMR dan aku salah satu antara jutaan student yang ambil exam tu ._. Bila baca status 97' liners semalam, aku macam happy jeh bila diorang cerita result semua straight A ._. aku nak dapat 6A pun susah untuk exam biasa ni -_- heh lol pernah lah jugak 6A tapi time UB2 ._. however, aku akan try the best for PMR nanti.

Hah, semalam aku pergi Parkson pulak ._. sementara menunggu ayah aku habis meeting, aku dengan mak aku merayau lah kat dalam Parkson tu. Second time aku rasa nak patah kaki aku heh. Last, duduk kat kerusi depan kedai tv, tengok MV Fantastic Baby trolol ._. aku happy lah heh. Even Big Bang, yang penting Kpop hahaha. Aku saja lah membuat lawatan kat dalam kedai tu. TV semua bebesar heh. Geram pulak aku ._. Then, aku nampak bahagian iPad and Samsung galaxy note. Dengan selamba, aku surfing internet guna Samsung dengan iPad tu hahahaha omg laju gila kut line kat situ heh ._. sempat pulak surfing 'Infinite funny moment' hahahaha *pokerface*

Blah.

Wednesday 19 December 2012

tumblr

                  Tumblr_mee2lhxprd1qg1bxbo1_r1_500_large

Assalammualaikum ._.

Lol aku tengah malayan scenario kat tumblr ni heh. Kalau tak sekarang ni aku sambung chapter 25 tapi entah. Tetiba takde mood heh ._. 

Aku nak buat tumblr lah lol. Nampak tumblr scenario semua lelawo. Jelesh pulak. Tapi aku bukannya jenis yang rajin and hafal semua e-mail or pa/w kalau nak buat banyak acc heh =_= belog ni pun aku dah lupa sebab dah lama aku biarkan berhabuk. Mujur aku dengar kata hati aku //kononnya suruh simpan or tulis e-mail and pa/w acc yang aku ada. So, masa hati dah terbuka nak hupdet belog, aku cek lah kat kertas yang aku simpan e-mail dan pa/w aku tu. 

Berbalik ke tumblr, nak buat ke idok? Heh =_= tweet pun aku dah jarang bukak ;~~; aku busy bukak tab Asianfanfics sekarang ni. Trolol, teringat pulak kat kembar aku or more known as cousin aku. Dia suka sangat buat scenario merepek dengan aku *gelak* Dah lama tak buat sejak masing-masing busy dengan ff heh ._. 

Ahh, aku pun dah lama tak buat cover. Rinduuuuuuuuuuuuu ! Semalam dah bukak photoshop yang dah lama tersimpan lol, alih-alih, aku tak buat pun cover =_=" entah apa aku buat semalam heh ._. Alahai seriously aku rindu nak buat ff malay omg ;~~~~~~; tapi aku dah tak biasa nak guna perkataan 'aku' atau 'kau' untuk ff heh omg. Aku nak re-new balik ff Can U Smile tu. Onsehot or twoshot aku taktahu. Yang penting aku nak buat balik.

                  Tumblr_mf9gbdwktr1qgxuxro1_500_large

Kalendar ni takde jual kat memana ke ;~~~~; aku naakk !! ;_;

Blah.


._.

                   

Assalammualaikum.

Lol hahaha title aku heh. Dah tak tahu nak letak apa ._. ha'ah aku belum tidur. Lol sape tanya =_= aku taip jeh heh belog aku kan lolol ._. baru habis hupdet ff tadi fuhhhh~ penat ._. asalnya aku nak tidur setelah penat shopping tadi lol. Bukannya shopping apa just round satu JJ omg nak patah kaki aku ;~~; mak aku yang *cough* dah berumur tu pun lagi laju dari aku. 

Oh dan dan ! Aku dah semsetinya wajib masuk book store kalau pergi memana shopping mall. Dah tu habit aku, lepastu masuk kedai CD. Tapi tadi aku masuk book store asalnya nak beli novel tapi entah apa mak aku cakap, tak jadi beli ;~~~~; aku nak noveeeeeeeeeeeel baaaaaruuuuuuuu !!! Tsk tsk. Oh lepastu, aku round satu book store tu, nampak lah pulak magazine YG, ada kalendar jugak. Kalendar dia omg gilaaaaaaaaaaa best dari epop lol ._. satu idol satu page, epop satu page cecampur kan? Lol EXO dengan Infinite...AKU NAK KALENDAR YG PULAK LOL ._.

Now, aku nak tidur tapi aku tengah tunggu I Need You loading hahahaha ha'ah *angguk* aku tengok balik sebab tadi tak sempat, mak aku suruh siap pergi shopping trolol ._. aku berselubung dalam selimut heh. Entah kenapa sejuk aku rasa malam ni. Ke nak demam balik ni luls alahai =__=" Baju sekolah belum beli. Nanti nak beli, demam balik heh. Ada jeh ._.

Eh konfem ke Infinite datang Legoland ni? Bila? ._.

Blah.



Tuesday 18 December 2012

I Need You

                   

Assalammualaikum ._.

I Need You~ lolol aku menyanyi haha. MV I Need You dah keluar. Aku tak sure bila dia released tapi aku tengok 2 hours ago trolol ._. Ahh yang penting awal lagi, aku tak terlepas heh. Tengah tunggu loading kat youtube Ya Allah...Line lembab mengalahkan apa =_=" Dari tadi aku tunggu, baru loading sampai saat yang ke 22 uuurrrggghhhhh -______- Eh tapi kan kan, Sunggyu jeh kan yang jadi role utama kat MV ni heh. Bukan Myungsoo kan kan ._. sampai sekarang aku jeles tengok MV 60 Sec tu -_-

Omg *facepalm* Ayah aku nampak aku fangirling tadi heh hahaha. Mujur time tu ayah aku tengah call kalau tak mahu kena 100 soalan aku jawab dari beliau. Oke baidewei, ff aku, aku tak sure nak buat berapa chapter ni heh. Aku rindu nak buat ff malay ewahh luls. Tapi sekarang aku rasa macam janggal jeh nak taip malay punya version heh. Dah selalu taip ff english haha. Bila baca balik ff malay aku, macam...... ._. entah hahaha. Nanti lah kalau aku ada mood nak buat ff malay, aku buat. Belog ff aku pun entah apa link heh. E-mail pun aku dah lupa aaaaaaaaaaaaaaaaaaaa lol.

Nak lunch.
Bai.

Baru ._.

                 

Assalammualaikum.

Aku tukar skin heh. Lol sebelum ni bukannya skin pun cuma aku teringin nak guna skin balik hahaha. Rindu nampak orang guna skin semua lawo-lawo harhar. So tadi, rambang balik mata aku nampak skin. Nak jeh gabung 3 skin jadi satu code hahaha lol ._. Harini mood aku baik pulak, asyik nak gelak jeh hahahahahahahaha.

Haritu demam memang lemah gila badan aku. Patutlah nak gelak jeh harini, baru elok demam hahaha. Aku tak boleh jalan and bangun demam tu lol. Ni baru elok demam, mak aku full kan peti ais dengan aiskrim *hentak dinding* peberet aku pulak -_- tengok jelah mak aku makan 2 aiskrim disebabkan batuk aku tak elok-elok lagi heh =_="

Oh and last, aku dah beli epoooooooooooopppppppp !!! /gelak/ terkejut aku auntie kat kedai kasi aku satu kotak lol. Aku ingat apa, blur kejap pandang kotak tu haritu lol hahahaha. Kalendar dia omg besar lol haha. Aku tak tahu nak letak kat mana xD Kalendar tahun ni pun still kat atas meja aku ni and still bulan 10. Tak tukar tukar dari bulan tu heh ._. Inpiniteu kan lololol.

Blah~

Infinite perform kat MMA. Aku suka rambut Hoya dengan Sungyeol omg smart ~.~ Pendek kata, 7 orang hero aku tu semua hensem ewah lol ._.

Wednesday 12 December 2012

Lol

               

                                                     Aku tukar header ._.

Assalammualaikum.

Aku layan 2 movie harini. Lol aku baru balik dari rumah nenek aku melawat kakak saudara aku sakit. Kat sana, aku layan 2 movie ._. Istanbul Aku Datang and SAM. Heh memang best aku tengok 2 movie ni sensorang kat lappy kakak saudara aku tu. AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA serious aku cakap Istanbul Aku Datang best hahahahaha. Entah kenapa aku excited tengok movie tu heh lol. 

Berapa kali aku kena heart attack tengok SAM tu -_-" lol hahaha padahal aku rasa, sound speaker takdelah kuat mana tapi aku terkejut dengar bunyi yang macam kat cerita hantu tu lol. Lebih lagi time dia cerita balik pasal zaman psiko dia lolol omg. Movie tu best ._. //lol aku apa yang tak best Aku suka part action tu haha. Padahal aku tak suka movie action ni luls. 

Semalam aku mimpi lagi beli epop -_-" selagi aku tak dapat epop, selagi tu benda tu menghantui mimpi aku ewah lol. Dah 4 kali aku mimpi beli epop heh. Aku nak kalendaaarrrr ;_; tak cukup tu, tadi aku nampak Klik baru omg cover EXO-M pulaakk *kesat hingus* time aku bankrup, memang banyak benda aku nak alahai aku nak epop dengan Klik ToT entah bila mak aku nak belikan tsk. Aku memang bankrup tahap gaban ni.

Then cousin aku cakap, Inpiniteu datang Legoland, bercuti dengan fans bertuah AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA macam mana nak join lolol nak ikuuuuuuutttttt omg ;_; sampai hati Myungsoo tak kasitau aku ewah luls. Mimpi semata heh. However, aku nak join ! Legoland jeh pun lol. Sponsor kan heh aku nak pergi AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA ;~~~~~~~; 

Blah.


    Dorang yang pergi showcase tu kata, Peniel hensem lol aku dah tahu lama heh ._.

Monday 10 December 2012

Entah lol

                          Tumblr_mcrdqnynco1r1vjdzo2_400_large

                                       Aku nak korek biji mata dia lol jk

Assalammualaikum ._.

Aku baru balik dari kedai belakang rumah dengan ayah aku ni beli barang. Tak pasal pasal kaki aku kotor sebab pijak lecak. Nak lari dari anjing padahal anjing tu tak kejar pun lol ayah aku gelak jeh. Bila fikir balik ni, tergelak gengguling aku. Marathon tengah malam hahahahahahaha.

Fuhhh. Oke, malam ni tweet, fb, semua lah //lol memang kecoh pasal Showcase esok. Dengarnya, EXO-M naik LRT tadi. eh, eh? Lol untung ah sape yang naik tadi *hentak dinding* aku fangirling jeh dengar berita tu tadi kat home fb lol. Cepatlah diorang balik Korea ke China, selagi diorang kat Malaysia, selagi tu hidup aku tak keruan. Dah start berangan yang kononnya diorang datang rumah aku lol ptuihhh. Berangan jeh.

Cousin aku cakap, epop bulan ni mahal eh? RM20.90?! Lol gilaaaaa mahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaal !!! 50 sen jeh pun kat dompet aku ni uuurrrrrggghhhhh -_- Mengapa harus mahal lol. Apa alasan aku kat mak aku minta RM20 untuk beli epop omg mahalnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !! Aku nak kalendaaaaaaaaaaaaaarrrrrrrrrrrr !!! Time aku bankrup, time ni jugak epop mahal ptuuiihhhh -_-

k bye.

Random ._.

                 Tumblr_mee4k4gds71qlfb86o1_500_large

Lol heh. Assalammualaikum.

Lol aku dah lupa nak buat intro cemana ._. dah lama aku tak hupdet ;_; busy dengan fanfic ewahh lol. Tak...internet lembab kat sini --" aku nak load pun susah heh. Buka satu tab baru laju ni. Aku memang rindu nak hupdet blog aku ni AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA dah lepas dah rindu aku ni HAHAHA.

First, esok ada Showcase ape bende entah aku tak ingat namanya lol. Yang aku tahu, ada laki aku ;_; EXO-M dengan BTOB. Petang ni kalau tak silap aku dalam pukul 5 flight dorang sampai ;AAAAAAAAAAAAAA; AKU NAK PERGI KLIA SEKARANG !!! ToT Aku hantar contest kat epop pasal ni tapi tak terpilih. Apakah -_-" Tahniah kepada yang terpilih dan kepada sesiapa yang dapat pergi. Kirim salam kat laki aku tu :3

Second, GDA buat kat Malaysia weeeehhhhhh !!! Menangis sekali lagi aku bila dapat tau berita ni =.= aku harap sangat tiket tu harga RM9.99 jeh tak pun free *hentak meja* Kpoppers yang kaya raya jeh boleh pergi AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA laki aku ada T_T *fangirling* lol heh. 

                   Tumblr_mcrn8tdmec1qcndygo1_500_large

Third, aku tak beli lagi epop bulan 12 ni. Aku tak sure bila ayah aku tak busy and dapat hantar aku jap pergi kedai majalah =.= lol duit aku pulak dah habis asdfghjkl sebab aku beli merchandise heh lol. Haritu nenek aku ada kasi 10 ringgit lol 10 ringgit jeh sebab aku tolong dia tapi entah apa aku beli, tinggal 50 sen jeh kat dompet aku -_-" OMG bankrup aku  sejak cuti sekolah ni.

Last, next year aku form 3 lol perlu ke cerita? Ahhh lantak, blog aku kan. Last candidate PMR ._. lol kecut pulak bila ingat balik pasal PMR sebab cuti ni, rutin aku tidur, makan, solat, duduk depan PC =.= budak cemerlang kan ewahhh lol ptuihh. Result PAT tahun ni pun....heh lol. Math aku turun lol aku kena mintak tolong Professor Kim Myungsoo ajar aku formula Math balik =.= 

Adik saudara aku fanboy kat Sungjong time dia tak sengaja bukak Can U Smile live kat phone aku. Dia pelik dengar suara halus Sungjong tu HAHAHAHAHAHA. Fanboy kat EXO jugak, terutama dekat Luhan LOL aku pengaruh dia heh lol.

K bye



Sunday 21 October 2012

Aku dah kembali lol

                   Tumblr_m7tzd6hbre1ryy880o1_500_large

Lol oke ehem ehem. Aku tahu, dah dekat dua bulan aku tak hupdett. Hanya Tuhan yang tahu perasaan aku betapa rindunya aku kat blog. Background, lagu, semua aku nak tukar -.- Tapi aku tak rasa nak tukar header pulakk heh.

Berbulan berabad berdekad aku tak hupdet blog -.- lol nampak beno nipunya. Sejak ada masalah dengan streamyx dua bulan lepas, memang lonely betul aku rasa HAHAHA. Nak tunggu mak aku pasang WiFi, memang berjanggut -.- Mujur semalam mak aku dah pasang. Memang return jadi budak tadika baliklah aku heh.

Baidewei, esok aku start exam. Kalau ikutkan sekarang ni giliran mak aku menghadap fesbuk beliau tapi dengan alasan aku yang kukuh, kononya aku nak cek balik nota form 1 kat internet, mak aku kasi kesempatan lol. BHAHAHA sambil cek nota, sambil cek youtube heh.

                                 

Buat exam, aku dah prepared paper Sejarah and English. Even Sejarah memang killer subject aku tapi bagi aku best pulakk lol. Mungkin aku baru faham HAHAHA selama ni faham gitu-gitu jeh. Math pulak aku rasa macam dah lemah. Padahal aku rasa subject tu fevret aku dunia akhirat heh. Aku lemah bab Locus dan yang sama waktu dengannya. Nak cari angle dan semua tu memang segala skru kat otak aku tercabut -.-

Aku suka chapter Transformation tu. Memang habit aku main dengan compasses dan yang sewaktu dengannya lol. Dan yang bestnya, esok aku start dengan paper yang tak penting. Mujur Jumaat haritu aku dah start study Sejarah dan BM untuk hari Selasa. Tak rasa clumsy last-last minit nanti -.-

K blah~


                                      Aku baca FF, macam FF masuk exam pulakk -.-

Wednesday 15 August 2012

Time .....

                  Tumblr_m8qa8ca8fz1r5n34uo1_500_large

Assalammualaikum .

Ewahh tajuk aku tu . Macam patah hati jeh HAHAHA lol . Tak ... aku cuma rasa masa sekarang ni bergerak semakin laju -.- Ahad ni dah raya . Happy tu memanglah happy cuma ... apehal sekolah aku cuti awal sangat ? -.- Ke dah memang undang-undang sekolah aku start cuti esok ? Ahhhh ... molla -.-

Aku takde tempat nak luahkan isi hati lah lol . Seriously , aku rasa macam ada beban kat dalam hati aku ni lol . Sumting weird and wrong ;_; Semalam masa tunggu London Olympic ape entah kat 391 // sebab ada Infinite dan EXO-K , aku sempat menangis . Heh aku pun tak sure kenapa . 

                   Tumblr_m8r5bjowgp1qam7epo1_500_large

Oke tukar topik . Malas nak luah isi hati kat sini -.- Semalam abang sedara aku ada cakap yang dia ternampak T-shirt EXO kat xxxx . Lol aku punyalah excited sampai terloncat-loncat cakap kat mak aku HAHAHA . 


            Nanti belilah kalau murah . Kau pun nak pergi xxxx kan ? Nanti beli jelah kat sana .

TT_TT apehal mak aku tetiba baik pulakk semalam HAHA lantaklah . Dah mood beliau baik semalam , takkan nak ubah pulak lol . Mak aku dah cakap cemtu .... serious nanti aku tuntut . HAHAHA Oh pasal hadiah birthday dari mak aku tu . Heh lol . Aku belum upload lagi -.- Lain hari jelah .

K, blah .


                                             Btw , bila EXO nak comeback lagi -.- 

Thursday 9 August 2012

Blurrrrrrrrrrrrrrrrrrr -.-

                Tumblr_m5ci13tnoi1qi4ozso1_500_large

                                                            Yeoooooooool ~

Assalammualaikum .

Selasa haritu aku start UB2 . That's why aku tak sempat hupdet blog . Busy study ewahh . Yeletuww . Ekceli aku busy buat FF HAHAHA lol . Tak tak , aku busy baca FF dan komik lol .

Semalam exam English , GEO dan KHB . Oke , aku tak baca langsung 3 mata pelajaran tu . Seriously , tapi aku boleh jawab . Nak kata baca tu jangan harap lah . Aku cuma baca kulit depan buku tu jeh lol HAHA . Kan pelajar cemerlang ni ececeh ~

Dah tu , tak baca buku , siap cepat . Entah betul ke tak jawapan tu . English aku rasa tak kisah sangat sebab aku dah try sedaya upaya aku 'date' dengan kamus selama seminggu . Lol . Tapi grammar tetap broken -.-" KHB dan GEO ... Aku redha jelah ewahh .

                 Tumblr_m8f1lq26bn1qg1bxbo1_500_large

Oh oh . Ahad haritu aku beli baju raya . Tahun ni family aku nak tema warna coklat . Aku nak taknak pun ikut je lah dari kena marah . Dan dan dan .. mak aku punya taksub kat warna coklat tahun ni , sampai langsir pun nak warna coklat . Lol HAHAHA . Pelik jeh kalau semua waran coklat . Lantaklah . Pandai lah mak aku hias . Aku ikut jeh arahan dia heh .

K blah ~

Monday 6 August 2012

Heoooooooool ~

                  Tumblr_m7zpw8rfpa1qzh5sno1_r1_500_large


Assalammualaikum .


Lol tajuk aku tu .. ignore kan . Aku kalau dah blank , memang taip jeh apa yang terlintas kat fikiran . Ikutkan , aku malas nak hupdet tapi untuk melepaskan kerinduan . Aku jeles tengok orang hupdet blog . Mana dorang dapat idea nak cerita topik apa ? Lol .


Oh semalam , kawan lama aku text aku . Seriously aku rindu dia gegilehh . Dan .. dia ada cerita pasal problem aku dengan BESTIE aku tu . Oke .. dia memang suruh aku berbaik dengan diorang . Aku bukannya tak kawan diorang ke apa cuma .. aku susah nak join diorang balik . Aku pun tak sure kenapa .


Dia ada suruh aku tegur diorang . Oke .. memang sekarang ni aku jarang tegur diorang tapi tak bermakna aku lupakan diorang . Aku memang rindu pada diorang . Tapi aku tak boleh nak join diorang balik . Aku .. ego ! Dan aku tahu diorang marah kat aku . Sejak akhir-akhir ni , Azira dan Fifi selalu menangis . Kawan lama aku cakap memang pasal aku .


K sori . Aku tak bermaksud nak buat korang macam ni tapi ... entahlah . Thanks sebab selama ni sentiasa ada disamping aku dan buat aku happy . Tapi sekarang aku tak boleh nak ada kat samping korang dan tak boleh nak buat korang happy . Sorry ...


K .

Wednesday 1 August 2012

Woooottttwoooooottt lol

                               Tumblr_m696cgctma1qaxb3ro2_400_large

Assalammualaikum .


Happy Birthday to Me , Happy Birthday to Me , Happy Birthday to Me , Happy Birthday to Me !!! -.- k batak lol . 


Semalam birthday aku . Dah cerita k . Alahaiii , seriously . Aku terharu gilehh ada jugak yang kasi hadiah ;_; Walaupun tak ramai . Tsk . Thanks lah kepada siapa yang sudi bagi hadiah untuk aku ;_;


                               

Okeoke . Sikit jeh pun lol . Coklet tu -.- terliur aku dibuatnya masa kawan aku kasi aku . Puasa puasa ni pun ada jugak kasi cekelet . Mentang-mentanglah aku ni penggila coklat tahap gaban . HAHAHA kencing manis aku dibuatnya semalam lol --" 


Hadiah dari mak aku .. aku belum ambil lagi . Esok aku upload lah ya ? Semua Kpop Stuff yang mak aku kasi . Ayah aku pulak just belanja buka puasa kat luar . Lolol . Eden ingat dapat handphone baru sebab aku pernah mengadu yang handphone aku sekarang macam rosak lol . Takpelahh . Parents aku ingat pun aku dah bersyukur . Ewahh . 


                Tumblr_m78iioqxvi1qd6ajbo1_500_large


Oh yaa , aku ada masalah dengan Baekkie lol . Macam apa jeh ada masalah -.- tak , macam ni . Semalam kawan aku ada kasi satu link yang berkaitan dengan D.O dia -.- dan dan .. tangan aku ni yang gedik , pergi lah buka satu link yang membuatkan aku jeles ;_; Omegoshh ~ aku tak kisah kalau Baekhyun tu fanboy kat SNSD tapi tolonglahh jangan ada gosip dia dengan member SNSD TT_TT Walaupun SNSD kakak aku lol . Dan semalam aku tengok Bacon and Taengoo New Couple Sensation -.- jeles k jeles !


Kblahh ~ 


Oh oh , Ranking King ep 10 ... OMG !! Pecah perut aku gelakk . Seriously , Dongie dengan Hoho yang buat aku gelak gila gila ;_;

Tuesday 31 July 2012

Happy Birthday To Meeeeeeeeeee T_T

                   

Assalammualaikum .

Aku hupdet secara senyap-senyap lol . Dan , ini entri terpendek yang pernah aku buat .


                                                HAPPY BIRTHDAY TO ME !!!! 


Blah .

Wednesday 25 July 2012

Sekian lama ;__;

                
                


                                                  Cuteeeeeeeeeeeeeeee *O*


Assalammualaikum .


Sejujur-jujurnya , aku rinduu blog aku tahapp gabann !! ;_; forever aku sayang blog aku walaupun aku busy lol . Ekceli , aku tengah busy menyiapkan tempahan fanfic ewahh lol . 


Kalau ikutkan , aku malas nak siapkan fanfic -.-" Dan dan dan ... aku tengah menyiapkan 2 fanfic yang berbahasa Melayu dan English . Hebat tak ? *angkat kening* lol . Oh oh , dan disebabkan fanfic juga , aku tak sempat nak habiskan Ranking King dari episod 7 sampai 9 -.-" berserta Happy Camp ;_;


                  


Eh eh , aku dah cerita belum pasal BAP ? O.o okeoke , seriously , aku macam dah jatuh hati kat Daehyun O.O lol sori sori . Tapi , aku still suka Yong Guk --" HAHAHA tamak .


Kbai .

Wednesday 18 July 2012

Clumsy tahap gaban !

                    Ff0ea5e5d88f3f4d77b01e5af2bd0ccb_large


Assalammualaikum !


Okeoke sori kalau ada tatabahasa yang merepek atau ejaan yang tak betul di entri hari ini lol . Aku taip memang clumsy gilehh ni !! Ekceli aku takde mood nak hupdett tapi disebabkan aku nak wish birthday abang aku ni , aku hupdet lol .


                  Tumblr_m7b0flhibp1r0uv12o1_500_large_large

Happy Birthday Lee Taemin !! Wish you happy forever with your SHINee Member . Good luck in your life ! Don't Give up !! Hwaiting ~


And and and .... sori kepada yang tag aku kat tagboard . Aku memang tak sempat nak buat semua tu sejak akhir-akhir ni . Seriously , aku memang bussyyyyyyy tahap gaban !! 


Kbaii .


Eh , kejap . Kawan aku cakap , aku ni berpengaruh tapi sukar dipengaruhi . HAHAHA lol . Thanks sebab refleksikan diri aku ^^

Monday 16 July 2012

Ko-akademik

                   


Assalammualaikum .


Pergh ~ gilaa lama aku tak jumpa blog aku ;__; lol . Last week , seriously aku busy gilehh . Memang tak sentuh blog langsung . FF jeh aku sempat sentuh lol . Tu pun aku curi-curi buka guna wifi kat sekolah . HAHAHA pelajar cemerlang lol -.-


Last week , semestinya aku busy tahap gaban . Walaupun aku ni sesi petang , dah terasa macam sesi pagi juga -.- 3 hari berturut-turut aku datang pukul 8 pagi sebab latihan sukan . Lempar Cakera dan Lontar peluru , aku dapat tempat ketiga . Bangga k bangga lol . 


Seterusnya , hari Ko-akademik . 2 hari berturut-turut iaitu hari Khamis dan Jumaat ada gerai makanan dan minuman lol . Lebih kurang macam Hari Kantin lah . HAHAHA seriously aku rasa gempak gilehh last week sebab sepanjang 5 hari tu , aku tak sentuh langsung baju sekolah . Aku pakai baju sukan . Heh lol . Aku memang malas nak gosok -.-


     


K last . Nu'est ~ Ohemgeeee ~ ACTION DAEBAKK !!! Aku suka gilehh lagu baru dorang tu . Sumpah best wooooooooo !!! HAHAHA . Boleh gilaa aku dengar lagu ni ;__; seriously aku sukaaaaaaaaaaaaa !!!


Kbaii .

Monday 9 July 2012

Kenapaaaaaa

                          


Assalamualaikum .


HAHAHA tajuk aku tu lol . Apehal lah aku letak tajuk cemtu -.- K lol . Ekceli internet tengah lembab gilehh sekarang ni ;__; *hentak dinding* Aku nak layan FF -.- seriously , lembab gilehh T_T


Aku tengah layan lagu-lagu T-ara dalam Day By Day . Semuanya pasal Danish dan Fifi yang jebak aku suruh dengar lagu diorang . Walaupun hakikatnya aku lebih layan boy group -.- Heh lol . Mana-mana girl group yang aku minat memang betuah gilehh sebab aku ni susah nak jadikan girl group bias aku -.- harap maklum . f(x) , SNSD , A Pink , T-ara , Sistar , Kara . Aku minat group tu jeh dari girl group .


K , foine . Eden nak layan FF -.-


                                      Entri terpendek yang pernah aku buat .__.



Friday 6 July 2012

???

                    
Fan hugging L.Joe

                                           K , jelosssssssssssssssssss ;__;

Assalammualaikum .

Apehal internet sejak akhir-akhir ni lembab tahap gaban ? -.- K , aku benci pasal tu . Tak boleh lah nak tengok aku aman satu hari menghadap internet -.- Oh yaa , petang ni kat MusicBank ada SuJu , T-ara and 2NE1 kan ? Err , aku pun tak sure sebenarnya . Tapi , rasanya ada kot .__. 

Rabu haritu aku tak sempat tengok Showdown . Eh , tak sempat ke aku yang lupa ? Lantaklah . Yang aku tahu aku tak tengok . Dan ... dorang kata , BAP ada perform kat situ . Seriously ?! Apehal tak cakap lol -.- Hari ni showcase dorang kan ? OhMaii~ serious aku cakap aku nak pergi !!! ;__;


Semalam aku puasa sempena Nisfu Syaaban . First time aku puasa tak sahur ;__; Alhamdulillah aku boleh kuatkan semangat nak puasa sampai buka . Sepatutnya aku memang nak buka semalam mengenangkan aku round satu sekolah sebab nak cari peserta untuk Ko-akademik Sekolah minggu depan . Tapi , aku kuatkan lah juga semangat .


                    

K , rambut dia tu .__. semakin bertambah madu aku ;__; HAHAHA lol . Oh yaa , aku jumpa gambar ni tadi ,


                    

K , fine -.- seriously , aku taktahu mana satu Kai atau Taemin .__. AAAAAAAAAAAAAAAAAA !! Apehal muka korang samaaaaaaaa ??!! Lololol -.-


Last , EXO Challenge .


                                        Day 11 - 'What Is Love' or 'History' ?


-.- MAMA lol . Dedua tu aku sukaaaaaaaaaaa ;__; Tapi kalau nak ikutkan most played kat phone aku , MAMA dan History . So , aku pilih History


K , blah 

Thursday 5 July 2012

Nak cerita

                  
2 / 100 Baekhyun gifs


Assalammualaikum .


Aku baru habis tergelak sorang-sorang tadi sebab tengok gambar laki aku buat gaya mushroom hair . HAHAHA . Lain macam jeh aku tengok mushroom hair dia tu . Lol tapi tetap comel . Heh .


Pasal Fanfic , Find Ghost re-new aku dah masuk chapter 5 . Nak pecah kepala aku memerah idea -.- My Life With EXO-K , aku nak masuk chapter 8 . Seriously , aku main hentam jeh grammar dalam tu . Dan .. aku ingat nak tukar tajuk FF tu . Sebab , aku dah terbuat EXO-M join sekali FF tu . HAHAHA lol . My Life With EXOPLANET . Lololol . Tapi belum secara rasmi aku fikir nak tukar tajuk -.- ewahh .


Sebelum blah , aku nak buat EXO Challenge


                                         Day 10 - Your Favourite Gif of Lay 


Lay ? AAAAAAAA scandal aku kat EXO-M . HAHAHA .


                         

K, blahh ~

Saturday 30 June 2012

Fangirling -.-

                  Tumblr_m6a9thfij01r21qx7o1_r2_500_large

Assalammualaikum .


Ehem . Tajuk aku tu -.- Harhar ignore kan . Aku kan suka merepek lol . Tapi hakikatnya , aku memang fangirling tahap gaban semalam . Heh lol . 


Aku yakin , bagi sesiapa yang menonton MusicBank semalam , pasti akan fangirling bila tengok Teen Top dan Infinite gabung stage . Seriously aku cakap , kalaulah ayah aku takde kat ruang tamu dan mak aku takde kat bilik time tu , memang runtuh rumah aku rasa -.- Ljoe dan Myungsoo buat aku lupa pada Baekhyun . HAHAHA lol . Aku terus download masuk henfon performance diorang tu .


                 Tumblr_m6aqj94pvv1r4iklmo1_500_large_large


Another , pasal Hari Interaksi Intelek semalam . Aku kena ambil sijil . Tapi mak aku tak ambil gambar -.- Heh lol . Mak aku lupa ;__; Alahaiii mak aku ni . HAHAHA . Mujur ada cikgu yang ambil gambar setiap pelajar yang ambil sijil . Bolehlah aku mintak lol .


Find Ghost re-new , aku dah buat sampai chapter 3 . Infinite ? Who Are They ? pun sampai chapter 3 . My Life With EXO-K aku baru buat chapter 1 semalam . Mau pecah otak aku fikir grammar -.- Heh . First time kan buat FF versi English .__. memang nak menangis lah . Aku tak rujuk kat gugel translate . Malas nak buka internet time tu -.- Lol . So , aku main hentam jeh segala grammar . Lololol


K, blah .


E-pop baru dah keluar tapi aku belum beli lagi -.- Mak aku belikan KPOP Trivia untuk aku semalam . Thanks Mom ! Hoho . Ada EXO-K .__. lol -.- poyo

Friday 29 June 2012

Entah -.-

                  Tumblr_m61mzi8mxk1qal6qmo1_500_large


Assalammualaikum .


Kenapa lah sejak akhir-akhir ni aku dah takde idea nak letak tajuk entri -.- HAHAHA lol . Otak aku pun makin blur jeh akhir-akhir ni . Sampai sekarang aku takde idea nak buat intro Find Ghost re-new -.- Tapi klimaks aku dah buat . Eh , macam pelik jeh aku buat klimaks dulu baru intro . HAHAHA lantaklah . Aku kan yang buat FF tu -.-


Petang ni , ada Hari Interaksi Intelek ke apa entah namanya , aku tak ingat . So , dan tentulah ibu bapa kena datang ambil result .__. Lol . Aku tak kecut pun memandangkan mak aku dah tahu result aku . HAHAHA . Cuma aku takut kalau cikgu cerita perangai aku kat sekolah lol . Aku ni jenis yang pendiam so , dah tentu mak aku membebel suruh ubah sikap -.-


Haritu , Ayuni ada bagi aku link EXO time di London . Aku sempat tengok klip tersebut time BM di sekolah . HAHAHA well , pelajar cemerlang ni ! Lololol . Entahh berapa kali aku ikut jerit juga macam fans dalam klip tu . Heh aku tak sure cikgu dengar atau tak sebab aku sendiri rasa aku di alam klip tu . HAHAHA . Sumpah aku cakap , fans kat sana dapt touch laki aku wehhh !! AAAAAAAAAAAA !! Watde ? -.- SM !! Aku saman kalau tak bawa EXO dan SHINee datang Malaysia -.-"


                  Tumblr_m616jotgvh1qzh5sno1_500_large


Ohyaa , aku dah lama tak buat EXO Challenge . Harhar . Aku rindu nak buat . Lol . Seriously , lama gilaa aku skip -.- dah , start . Memandangkan aku dan taktahu nak cerita apa .


                                          Day 9 - A Picture Of Kai Smiling


Kai smiling ? KAI ? Aku tak banyak gambar Kai smiling . Paling banyak Baekhyun smiling . HAHAHA lol . Gif boleh ? Seriously , buat masa ni , aku tak jumpa kill smiling Kai -.-


                 Tumblr_m4v4kwjafc1qagmhno1_500_large

Lol . Aku tahu itu gif Kai gelak dan bukannya senyum . Lantaklah . Aku jumpa gif Kai itu jeh yang boleh buat aku gelak sekali lol .
K , blah .

Monday 25 June 2012

hupdet for a while . Lol

                    Tumblr_m62saogl2u1qj2et3o1_500_large

Assalammualaikum .


Sampai bilaa lah aku nak berhenti SPAM gif Baekhyun ? ;__; aku memang dah kena fever dari diaa . Lol . Tak kira masa , tempat dan di mana jua // lol . Baekhyun sentiasa di hati dan fikiran aku . Lololol . Memang ramai anti aku kalau ada EXOtics yang baca entri ni . HAHAHA . Eh , lantaklah . Blog aku kan .__.


Aku sebenarnya ... taktahu nak hupdet pasal apa . HAHAHA . Ni semua pasal nak lepas kan kerinduan hupdett bila tengok orang lain hupdet . Aku nak buat cover , tapi malas -.-" Lololol . Kenapa sifat itu mempengaruhi diri aku saat ini . Ewahh . Bak kata Simaa


                              Semakin dramatis ayat Wani sejak akhir-akhir ini .


HAHAHA . Pandangan Simaa tu buat aku nak gelak berguling-guling jeh . Semalam dia ada text aku pasal satu FF . Dan , dia memaksa aku untuk baca . Walaupun internet dah dipengaruhi oleh siput , aku baca juga mengenangkan Kim Myungsoo main characters FF tersebut . Dan .... seriously , Baekhyun tetap tak hilang di ingatan aku . HAHAHA lololol . 


                 

Blah sebelum ramai yang anti aku dan blog aku .


                       Aku teringin buat FF yang bertajuk 'My Life With EXO-K' ;__;